Manusia hari ini suka bersangka-sangka Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu keranan mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangaka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api.. Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya
Tuesday, June 30, 2009
Posted by Blogmaster at 11:44 PM 0 comments
Tuesday, May 19, 2009
renungan untuk insan.....
Renungi apa yang tersurat. Fahamilah apa yang tersirat....
Jika insan diasuh dengan keangkuhan, dia belajar erti takbur.
Jika insan diasuh dengan kelemahan, dia belajar erti hina dirinya sendiri.
Jika insan diasuh dengan erti permusuhan, dia belajar erti membenci.
Jika insan diasuh dengan sikap pentingkan diri sendiri, dia belajar erti mengkhianati......
namun....
Jika insan diasuh dengan insani, dia belajar erti hargai.
Jika insan diasuh dengan belas budi, dia belajar erti mengasihani.
Jika insan diasuh dengan kepayahan, dia belajar erti mensyukuri.
Jika insan diasuh dengan bertimbang rasa, dia belajar erti bersabar....

Posted by Blogmaster at 11:27 AM 0 comments
Saturday, May 16, 2009
Tuesday, May 12, 2009
Wednesday, April 29, 2009
tentang hati......& cinta..........
Tuhan ......
memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi.....
mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Posted by Blogmaster at 9:36 AM 0 comments
Terciptanya wanita........
WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN ...........
BUKAN DARI TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH,
BUKAN DARI RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK,
TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.
Posted by Blogmaster at 9:20 AM 0 comments
Wednesday, April 15, 2009
kata-kata hikmat..........
Sebaik-baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
Posted by Blogmaster at 11:37 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)